Rabu, 30 Disember 2009

Pendaftaran Kelas Tafsir al-Quran dan Kelas Bahasa 'Arab Semester II 2009/2010 kini dibuka.


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokaatuh,

Pihak UPPS K6 sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan Pusat Islam UPM bagi mengadakan Kelas Bahasa 'Arab dan Kelas Tafsir al-Quran. Untuk makluman pembaca, kedua-dua pengisian (kelas bahasa 'arab dan kelas tafsir al-Quran) adalah sebahagian daripada inisiatif kecil yang digerakkan oleh UPPS K6 UPM bagi:
  1. Memberikan pendedahan tentang tasawwur Islam kepada mahasiswa Muslim, melalui sumber Qurani.
  2. Mendedahkan mahasiswa Muslim dengan penggunaan bahasa 'arab yang betul supaya dapat memahami teks al-Quran.
  3. Mewujudkan satu suasana keilmuan di Kolej Keenam UPM berteraskan pembelajaran bahasa 'arab yang diharapkan dapat membawa kepada pemahaman teks al-Quran.
  4. Menyediakan satu keadaan Islami yang dapat menangkis budaya hedonisme yang menghakis jatidiri mahasiswa Muslim itu sendiri.
Insyaallah, sekiranya sambutan menggalakkan yang diterima, kelas-kelas tersebut akan diadakan seperti berikut:

Kelas Tafsir al-Quran
  1. Tempat: Bilik Seminar Kolej Keenam UPM
  2. Hari: Rabu
  3. Masa: 9.00 PM - 11.00 PM
  4. Pengajar: Akan dimaklumkan kemudian
Kelas Bahasa 'Arab
  1. Tempat: Bilik Seminar Kolej Keenam UPM
  2. Hari: Jumaat
  3. Masa: 9.00 PM - 11.00 PM
  4. Pengajar: Akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat pendaftaran adalah seperti berikut,
  1. Terbuka kepada semua mahasiswa Muslim UPM.
  2. Komitmen terhadap kelas-kelas yang telah didaftarkan amat penting.
  3. Jumlah maksimum yang boleh mendaftar untuk setiap kelas adalah seramai 30 orang sahaja. Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif di dalam kelas. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan interaksi antara mahasiswa dan pengajar.
  4. Maklumat mengenai kelas-kelas ini akan dikemaskini di blog ini sahaja. Harap mereka yang telah mendaftar dapat sentiasa mengikuti blog ini.

Bagi mereka yang ingin mendaftar, bolehlah isi borang on-line seperti berikut:

Borang Pendaftaran Kelas Tafsir al-Quran
Semester II 2009/2010
(Klik sini)

Borang Pendaftaran Kelas Bahasa 'Arab
Semester II 2009/2010
(Klik sini)

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada
Jumaat (8 Januari 2010)

Pihak UPPS mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar. Sila ikuti perubahan informasi mengenai program kelas tafsir al-Quran dan bahasa 'arab hanya di blog ini.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi saudara Awang.

3 ulasan:

  1. Kalau daftar kelas tafsir Quran je, x dftr kls bahasa arab bleh? Takut x bleh commit hari jumaat tu.

    BalasPadam
  2. Sepia: Takde masalah.

    BalasPadam
  3. INISIATIF YG AMAT MEMBANGGAKAN.. SYABAS.. ERM, ANA DAFTAR UTK DUA2 KELAS TP MGKIN BG KELAS TAFSIR ANA DTG SDIKIT LWT KERNA KELAS ANA HARI RABU TUE HABIS PKOL 9..BLH KE TUAN PENGERUSI?

    BalasPadam